ARMADA BERSATU SELANGOR
27 April 2026BERITA

ARMADA Selangor Gesa 50% Calon Muda di Konvensyen BERSATU Selangor

ARMADA Selangor Gesa 50% Calon Muda di Konvensyen BERSATU Selangor
SHAH ALAM, 27 April 2026 – Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ARMADA BERSATU Negeri Selangor menggesa satu perubahan signifikan dalam strategi pencalonan Parti BERSATU dengan menuntut 50 peratus calon pada pilihan raya akan datang terdiri daripada golongan anak muda. Cadangan itu disuarakan oleh Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Selangor, Hafizan Naimman ketika sesi perbahasan mewakili sayap ARMADA sempena Konvensyen BERSATU Selangor yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) pada Ahad, bertemakan Memperkukuh Agenda Peduli Rakyat. Konvensyen tersebut turut dihadiri Presiden Pengasas BERSATU, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain barisan kepimpinan parti termasuk Naib Presiden BERSATU dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Selangor YB Dato' Seri Azmin Ali. Hafizan menekankan bahawa keterlibatan anak muda tidak seharusnya terhad kepada ruang simbolik semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui peluang sebenar untuk bertanding dan memimpin.

Sumber: Suara Kebangsaan